Masakan Melayu

Masakan Melayu 

Masakan melayu merupakan sejenis masakan yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Masakan ini telah diamalkan oleh masyarakat melayu sejak berkurun lagi dan merupakan antara makanan tradisi bagi setiap kaum melayu di asia tenggara ini. Mengikut sejarah masakan melayu, makanan tradisional ini telah berkembang dari Malaysia sehingga Brunei Darussalam kerana negara-negara ini dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau lebih dikenali sebagai Nusantara. Apa yang istimewa, setiap wilayah atau negara di asia tenggara ini mempunyai makanan tradisional yang tersendiri dan menjadi makanan tradisional bagi setiap negara tersebut.
Untuk masyarakat melayu di Malaysia, ciri utama masakan melayu tradisional ialah penggunaan bahan rempah ratus yang banyak, selain itu, salah satu bahan yang kerap digunakan dalam setiap masakan ialah santan. Bagi masyarakat melayu, penggunaan santan dianggap mampu menaikkan selera dan rasa masakan kerana santan mempunyai rasa berlemak dan dan menjadikan masakan lebih pekat. Antaranya, dalam masakan gulai. Santan boleh didapati melalui kaedah perahan atau mengkukur buah kelapa.

Selain itu, dalam makanan tradisional melayu, masakan-masakan melayu juga banyak menggunakan buah-buahan tempatan dan sayuran. Ini menjadikan masakan itu lebih pelbagai dari segi bahan dan rasanya. Buah-buahan yang digunakan memberikan persepsi dan tarikan yang tersendiri kepada setiap makanan tersebut. Dalam masyarakat melayu, penggunaan buah atau sayuran adalah lazim dan menjadi keutamaan di sesetengah negeri di Malaysia. Selain itu juga, buah-buahan atau sayuran lebih murah dan mudah untuk didapati dan ini telah mewujudkan pelbagai jenis makanan tradisional melayu yang berasaskan buah-buahan.

No comments:

Post a Comment